CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 22, 2009

PILIH 7 JENIS BUAH YANG ANDA GEMARI


1. Jenis limau.
Contoh : oren, lemon, limau nipis.

2. Buah-buahan tropika.
Contoh : pisang, betik, jambu dan nanas.

3. Jenis buah ladang.
Contoh : epal dan pear.

4. Jenis tembikai.
Contoh : tembikai dan honey dew.

5. Buah-buahan jenis beri.
Contoh : blackberry,strawberry, dan anggur.

6. Jenis kekacang.
Contoh : walnut, hazel, dan gajus.

7. Buah-buahan jenis labu.
Contoh : kundur.

JENIS LIMAU

  • Cenderung kepada warna-warna cerah dan gemar sesuatu yang mencabar
  • Ramai rakan suka merujuk sekiranya ada masalah
  • Individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang

BUAH-BUAHAN TROPIKA

  • Suka pengalaman -pengalaman yang baru
  • Ada pendirian yang tersendiri
  • Tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling.
  • Suka mengambil berat dan gemar berseronok

JENIS BUAH LADANG
  • Kuat pada diri sendiri dan menjadi tunjang kekuatan kepada individu di sekeliling anda
  • Tidak pentingkan diri sendiri
  • Berdikari
  • Berpengetahuan luas dan berusaha melakukan sesuatu

JENIS TEMBIKAI

  • Murah hati
  • Gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan.
  • Memiliki ramai teman kerana mempunyai keperibadian yang romantik.


BUAH-BUAHAN JENIS BERRY

  • Gemarkan keseronokan
  • Mudah mendapat teman baru kerana seorang yang peramah
  • Unik
  • Memiliki kepelbagaian personaliti
  • Memiliki keistimewaan yang tersendiri


JENIS KEKACANG

  • Kadangkala mood berubah‐ubah tanpa sebab.
  • Tegas dan tetap pendirian.
  • Setia dalam bercinta
  • Untuk mengenali anda,individu itu perlu mengambil masa yang agak lama untuk memahami dan mengenali anda dengan lebih dekat.

BUAH-BUAHAN JENIS LABU

  • Berpandangan jauh.
  • Sering berperasaan curiga.
  • Suka mengambil berat tentang orang lain.
  • Seorang yang sopan santun

Thursday, February 5, 2009

KONSEP-KONSEP DASAR TENTANG MOTIVASI

Motivasi merupakan jantungnya proses belajar. Oleh kerana motivasi begitu penting dalam proses pembelajaran, maka tugas guru yang pertama dan terpenting adalah membangkitkan atau membangun motivasi pelajar terhadap apa yang akan dipelajari oleh pelajar. Motivasi bukan sahaja menggerakkan tingkah laku, tetapi juga mengarahkan dan memperkuat tingkah laku. Pelajar yang bermotivasi dalam pembelajaran akan menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dalam pelajaran, tanpa banyak bergantung kepada guru.

Menurut para pakar motivasi terdapat dua jenis motivasi yang umum, iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah keinginan bertindak yang disebabkan oleh faktor pendorong yang murni berasal dari dalam diri individu, dan tujuan tindakan itu terlibat di dalam tindakan itu sendiri, bukan di luar tindakan tersebut. Berbeza dengan motivasi ekstrinsik, iaitu keinginan bertingkah laku sebagai akibat dari adanya rangsangan dari luar atau kerana adanya kekuasaan dari luar. Tujuan bertingkah laku pun tidak terlibat dalam tingkah laku itu sendiri, tetapi berada di luar tindakan tersebut.

Di dalam proses belajar, motivasi intrinsik lebih berkesan mendorong pelajar dalam belajar. Namun bukan bermakna bahawa motivasi ekstrinsik perlu dihindari sama sekali. Motivasi ekstrinsik dapat memancing timbulnya motivasi intrinsik. Banyak pelajar yang termotivasi secara ekstrinsik dapat berjaya dengan baik dalam belajar, seperti halnya dengan pelajar-pelajar yang termotivasi secara intrinsik, asalkan guru dapat membantu mereka dengan cara yang tepat sesuai dengan keperluan mereka. Ada berbagai- bagai cara yang dapat dilakukan oleh guru dalam membangkitkan motivasi pelajar dalam belajar melalui pengembangan motivasi ekstrinsik, seperti memberikan penghargaan atau celaan, membangun persaingan, memberikan hadiah atau hukuman, dan memberi tahu kemajuan yang dicapai oleh pelajar. Masing-masing cara mempunyai kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahannya sendiri. Guru harus menentukan cara yang paling tepat sehingga berbagai kelemahan dapat dikurangi atau dihindarkan sama sekali, dan sebaliknya kekuatan-kekuatan yang ada dikembangkan dan dimanfaatkan sebesar-besarnya.