CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 5, 2010

~~Triple~~


Tak selamanya kebahagiaan itu datang...

Kerana kadang-kadang sinar matahari ditutupi oleh awan tebal...

Kesedihan yang dibawa ketawa ibarat panas mengandungi hujan..

Tiada masalah yang merumitkan...

Ujian yang melemahkan...

Dugaan yang menyusahkan...

Bahkan itu dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat mengharungi
1001 kemungkinanan dalam sebuah perjuangan....

Monday, November 16, 2009

Random Life


"Hidup tak selalunya lawa,

tak selalunya ada pelangi

kalau nak kata bed of roses pun,

duri-durinya tetap ada

kadang-kadang.......

bila mana malapetaka itu datang,

terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo

rasa macam dah tak mampu bangkit,

rasa macam dah tak mampu hela nafas......."

Sunday, October 11, 2009

BEBOLA....


" Perkara Yang Sukar, Jikan Dilakukan Dengan Berulang-ulang , Berhati-hati dan Dengan Disiplin Yang Tinggi, Maka Setiap Orang Boleh Mencapai Kejayaan"

Tuesday, September 1, 2009

Pengembaraan yang amat Mencabar


sambutan kemerdekaan semalam amat menyeronokkan.... walau dengan erti kata sebenar xtau nak kata apa...wawawa kiteorang kehabisan tiket utk ke TG.MALIM terchenta...huhuhuhu...

sumer kaunter cume tampal SOLD OUT...rase cam nak nangis jer... kiteorg tawaf satu IPOH nk cari tiket..but still FAILED.....


Akhirnyer ader la hamba Allah yang baik hati datang ambik kiteorang di mana merangkap kepada membe kiteorg...tenkiu sangat2...lau u all xder, kiteorang xtau nk lepak mana...huhuhuhuhu...and the last, kami sampai gak ke istana kami yang agak chantek..hehehehe


Monday, August 17, 2009

ehem..ehem...


tanya sama pokok

apa sebab goyang

nanti jawab pokok

angin yang goncang

tanya sama angin

apa sebab hujan

nanti jawab angin

tanyalah awan

awan nanti kata

aku kandung air

sampai tempat sejuk

aku pun cair

lihat dalam air

nampak bayang-bayang

campak satu batu

bayang pun hilang

tanya sama hati

apa asal sayang

adakah tandanya

nampak dipandang

kumbang rayu bunga

bulan dan bintangnya

punya tanda-tanda

hubungan mesra

Wednesday, August 12, 2009

sudah lama.....

dah lame tak write down something kat sini..huhuuhu
nak kate bz , mmg bz tp x gak mcm bz..wuhuhuhuhu....
actually, bnyak bnde yg nk disettlekan..tapi mcm banyak jer bnde yang menghalang..wakakaka...(ayat da mcm disorder thap bpe dah..)
pape pun..life must go on....xleh nak pause2 mcm lam movie kan.....
hopefully, i do my best la....by hook or by crook...
p/s:yoi yoi oi..jerk....hahaha

Monday, April 13, 2009

Tip-tip Kehidupan........

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruahdiri.


2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.


3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.


4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.


5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.


6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.


7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.


8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.


9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.


10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.